The Last Of Us Part II diumumkan ketika Playstation Experience 2016 lepas, ia merupakan sekuel kepada permainan The Last Of Us yang dilancarkan 2013 yang lepas di Playstation 3. Permainan ini dibangunkan oleh Naughty Dogs dan bakal dilancarkan secara esklusif di Playstation 4. Minggu ini sempena Paris Games Week 2017, Naughty Dog bersama Sony Interactive Entertainment mempertonton trailer terbaru bagi permainan The Last Of Us Part II.
Trailer tersebut memaparkan watak baru terbaru iaitu Yara, dilakonkan oleh Victoria Grace. Manakala watak Lev yang dilakonkan oleh Ian Alexander. Emily Shallow pula melakon watak Emily dan akhir sekali Laura Bailey melakonkan yang digantungkan di dalam trailer tersebut. Naughty Dog masih belum lagi mengumumkan nama watak tersebut. Trailer tersebut memfokuskan watak-watak tersebut tanpa menayangkan watak Joel dan Ellie. Pada penghujung trailer tersebut, ia memaparkan The Infected, iaitu musuh utama zombi di dalam permainan The Last Of Us.
Menurut Neil Druckman, pengarah kreatif dari Naughty Dog menyatakan bahawa mereka menbangunkan permainan ini dengan pelbagai teknologi yang mereka pernah lakukan ketika mereka membangun permainan Uncharted 4 dan Uncharted: The Lost Legacy. Dengan pelacaran permainan Uncharted: The Lost Legacy pada Ogos lepas, beliau menyatakan bahawa mereka kini boleh memfokus pembangunan permainan The Last Of Us Part II secara menyeluruh.
Namun, Naughty Dog masih belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut dan termasuklah informasi lanjut berkenaan trailer yang baru dipertontonkan mereka. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi berita lebih lanjut setelah diumumkan kelak.