Ini Adalah Keperluan Spesifikasi PC Untuk Call of Duty WWII

Masa untuk kembali ke Eropah ketika kemuncak Perang Dunia Kedua dengan Call of Duty WWII. Permainan yang dibangunkan oleh Sledgehammer Games ini amat dinantikan kerana pemain sudah agak bosan dengan era futuristik permainan sejak tiga tahun kebelakangan ini. Bagi pengguna PC, spesifikasi minimum dan yang disarankan akhirnya diketahui.

COD : WWIISpesifikasi paling minimum adalah agak rendah dengan hanya memerlukan memproses Intel Core i3 dan kad grafik Nvidia GeForce GTX 660. Tetapi untuk menikmati permainan ini pada resolusi 4K dan tetapan sehingga 250 FPS, sebuah Intel Core i5-2400 dengan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1060 6GB GDDR sudah mencukupi. Bersedialah untuk ke medan perang 3 November ini dan kami temui anda di pantai Normandy.

Spesifikasi Call of Duty WWII
Pemproses Paling Minimum Intel Core i3 3225 3.3 GHz
AMD Ryzen 5 1400
Pemproses Disarankan Intel Core i5-2400
AMD Ryzen R5 1600X
Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA GeForce GTX 660 @ 2 GB / GTX 1050
ATI Radeon HD 7850 @ 2GB / AMD RX 550
Kad Grafik Disarankan NVIDIA GeForce GTX 970 / GTX 1060 @ 6GB
AMD Radeon R9 390 / AMD RX 580
RAM Paling Minimum 8 GB
RAM Disarankan 12 GB
Ruang Pemasangan 90 GB
Sistem Operasi Windows 7 SP1 64-bit, Windows 8.1 64-bit, Windows 10 64-bit

 

Sohor Kini