Bersempena Paris Games Week 2017, Sony Interactive Entertainment juga tidak melepaskan peluang untuk mempertontonkan trailer terbaru bagi permainan Shadow Of The Colossus.
Permainan Shadow Of The Colossus asalnya dilancarkan di Playstation 2 pada tahun 2005 lepas. Pada E3 Jun lepas, Sony Interactive Entertainment mengumumkan permainan tersebut bakal dilancarkan semual dengan kerjasama pembangun Bluepoint Games, melalui permainan pernambah-baikkan. Melalui trailer tersebut, Sony Interactive Entertainment mempertontonkan bentuk permainan ketika bertempur dengan Colossi yang ke-13 iaitu Phalanx.
Disamping itu, Sony Interactive Entertainment juga mempertontonkan trailer baru rasmi bagi permainan tersebut. Shadow Of The Colossus bakal tiba secara esklusif di Playstation 4 pada 6 Februari 2018 ini.