Informasi Permainan Video Terkini
Zwei: The Ilvard Insurrection – Permainan Aksi RPG Oleh Nihon Falcom
PC

Zwei: The Ilvard Insurrection – Permainan Aksi RPG Oleh Nihon Falcom

Diterbitkan pada Okt 30, 2017 oleh .

Permainan aksi RPG terbaru oleh Nihon Falcom, Zwei: The Ilvard Insurrection bakal tiba pada 1 November ini di PC melalui Steam. Nihon Falcom terkenal dengan permainan Trails Of The Cold Steel akhirnya melancarkan permainan RPG ini dengan kerjasama XSEED Games dan Marvelous Inc.

Zwei: The Ilvard Insurrection adalah permainan yang asalnya dilancarkan di PC pada tahun 2008 hanya di pasaran Jepun, kini bakal dilancarkan semula dengan pernambah-baikkan HD, dan juga kemaskini visual. Permainan ini juga bakal dilancarkan dengan suara latar penuh bahasa inggeris secara khas.

Permainan ini bakal memfokuskan pengembaraan Ragna Valentine, seorang pemburu harta karun. Beliau bakal ditemani dengan puteri pontianak Alwen untuk mendapatkan semula kembali istana beliau di dalam dunia permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh membelinya melalui Steam bermula 1 November ini.

Steam : Zwei: The Ilvard Insurrection