Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan di blog rasmi mereka bakal mengumumkan 21 kemaskini permainan di Paris Games Week dengan 7 daripadanya adalah permainan baru. Sidang media Playstation tersebut bakal berlangsung pada 31 Oktober ini sekitar pukul 12 pagi pada waktu tempatan.
Menurut Sony juga, bersempena dengan sidang media tersebut, mereka bakal mengadakan strim langsung sejam awal daripada acara tersebut iaitu pada jam 11 malam untuk mengumumkan sebilangan permainan-permainan baru yang bakal tiba di Playstation 4 dan Playstation VR.
E3 was only half the story. Tune into PlayStation Live From Paris Games Week 10/30 starting @ 8am PT https://t.co/AUetlBv3zm #PlayStationPGW pic.twitter.com/6A4ikt417J
— PlayStation (@PlayStation) October 27, 2017
Menurut akaun rasmi Playstation, mereka menyatakan bahawa ketika E3 Jun yang lepas, pengumuman mereka hanyalah separuh daripada keseluruhan apa yang mereka ingin umumkan tahun ini.
Untuk menonton acara tersebut, anda boleh menontonnya di live.playstation.com, Twitch, YouTube, dan Facebook bermula 11 malam pada 30 Oktober, diikuti sidang media rasmi dimana ia akan berlangsung pada jam 12 pagi 31 Oktober.