Informasi Permainan Video Terkini
Radio Hammer Station – Permainan Rentak Perlawanan Oleh Arc System Works Dan FK Digital

Radio Hammer Station – Permainan Rentak Perlawanan Oleh Arc System Works Dan FK Digital

Diterbitkan pada Okt 26, 2017 oleh .

Arc System Works dan FK Digital minggu ini mengumumkan permainan Radio Hammer Station untuk konsol Playstation 4 dan Playstation Vita. Ia merupakan permainan perlawanan yang berdasarkan rentak muzik.

Di dalam permainan ini, sebuah stesen radio terkenal sedang mencari DJ terbaik untuk menyebar dunia muzik di dalam dunia tersebut. Pemain akan bermain sebagai DJ, dengan mengikut rentak muzik, pemain berupaya untuk menghapuskan musuh dengan penukul bersama kuasa muzik.

Walaubagaimana pun, Arc System Works dan FK Digital masih lagi tidak mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut. Namun, permainan ini menyokong fungsi Cross Buy, dimana jika anda membeli permainan ini di Playstation 4 ataupun Playstation Vita, anda boleh memuat-turun permainan tersebut di versi konsol yang lain tanpa sebarang kos tambahan. Permainan ini juga akan disertakan bersama 88 muzik latar secara percuma.