Bersempena musim Halloween pada bulan Oktober ini, Starbreeze Studio mengumumkan pernambahan terbaru buat permainan seram multi-pemain Dead By Daylight iaitu watak baru yang boleh dimainkan iaitu Freddy Krueger dari siri filem seram Nightmare On Elm Street.

Kemaskini ini akan tiba di PC, Playstation 4 dan Xbox One pada 27 Oktober ini. Ketibaan watak Freddy Krueger merupakan watak kedua daripada siri-siri filem selepas The Texas Chainsaw Massacre Leatherface dan Halloween Michael Myers bagi permainan tersebut.

Starbreeze Studio masih belum lagi mengumumkan harga bagi pernambahan tersebut, tetapi ia mungkin berharga RM10 hingga RM17 seperti pernambahan-pernambahan sebelum ini di permainan Dead By Daylight.

Dead By Daylight boleh didapati di Playstation 4, Xbox One dan PC sekarang.

Sohor Kini