Informasi Permainan Video Terkini
Anda Boleh Mencuba Deus Ex: Mankind Divided Secara Percuma Melalui Steam Sehingga Jumaat Ini
PC

Anda Boleh Mencuba Deus Ex: Mankind Divided Secara Percuma Melalui Steam Sehingga Jumaat Ini

Diterbitkan pada Okt 25, 2017 oleh .

Bagi anda yang masih belum bermain permainan aksi pengembaraan sci-fi Deus Ex: Mankind Divided, anda kini boleh mencuba permainan tersebut secara percuma bermula hari ini sehingga Jumaat jam 4 pagi melalui Steam di PC.

Disamping itu, anda juga boleh mendapatkan permainan tersebut dengan harga promosi bersempena dengan sesi percubaan permainan Deus Ex: Mankind Divided. Anda boleh dapatkan permainan tersebut dengan harga RM47.50 berbanding harga asalnya RM190. Steam juga mengadakan promosi bagi permainan ini bersama pas musim permainan dengan harga RM78.85 berbanding harga asalnya RM285.

Deus Ex: Mankind Divided adalah permainan aksi pengembaraan dan merupakan sekuel bagi permainan Deus Ex: Human Revolution yang dilancarkan 2011 lepas. Di dalam Deus Ex: Mankind Divided, anda akan mengawal watak Adam Jensen dan ditugaskan untuk memburu pengganas.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba permainan ini secara percuma bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

Muat-Turun : Deus Ex: Human Divided