Informasi Permainan Video Terkini
Kingdom Hearts PS4 Collection Tertiris – Bakal Sertakan 9 Siri Permainan Kingdom Hearts

Kingdom Hearts PS4 Collection Tertiris – Bakal Sertakan 9 Siri Permainan Kingdom Hearts

Diterbitkan pada Okt 25, 2017 oleh .

Hari ini di laman Amazon Jerman dan Koch Media Store, tertiris berkenaan permainan Kingdom Hearts PS4 Collection dimana ia bakal dilancarkan 24 November ini. Kingdom Hearts PS4 Collection tersebut bakal disertakan kesemua siri permainan Kingdom Hearts yang dilancarkan sebelum ini di Playstation 4 iaitu Kingdom Hearts 1.5 + 2.5 HD ReMix dan Kingdom Hearts 2.8 Final Chapter Prologue.

Berdasarkan senarai tersebut, terdapat enam permainan dan tiga filem Kingdom Hearts yang akan disertakan. Iaitu:

  • Kingdom Hearts Final Mix
  • Kingdom Hearts Re:Chain of Memories
  • Kingdom Hearts 358/2 Days (Filem)
  • Kingdom Hearts II Final Mix
  • Kingdom Hearts: Birth by Sleep Final Mix
  • Kingdom Hearts Re:coded (Filem)
  • Kingdom Hearts Dream Drop Distance HD
  • Kingdom Hearts 0.2: Birth by Sleep – A Fragmentary Passage
  • Kingdom Hearts χ: Back Cover (Filem)

Menurut laman tersebut juga, permainan ini bakal tiba pada 24 November ini esklusif di Playstation 4. Walaubagaimana pun, Square-Enix masih lagi belum mengumumkan sebarang kepastian berkenaan pelancaran permainan tersebut. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi setelah Square-Enix mengumumkan kelak.