Informasi Permainan Video Terkini
Tarikh Pelancaran Permainan Metal Gear Survive Diumumkan – Bakal Tiba Februari 2018

Tarikh Pelancaran Permainan Metal Gear Survive Diumumkan – Bakal Tiba Februari 2018

Diterbitkan pada Okt 25, 2017 oleh .

Hari ini Konami akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan Metal Gear Survive, iaitu siri permainan Metal Gear yang baru dimana ia memfokuskan pertempuran bersama zombi dan bentuk permainan multi-pemain koperasi. Ia bakal tiba pada 20 Februari 2018 di Playstation 4 dan Xbox One.

Konami juga menyertakan beberapa barangan tambahan bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan seperti empat senjata tambahan, dua isyarat pemain, empat kain selendang, cat muka kabuki, papan tanda nama Mother Base dan barangan aksesori Boxman.

Metal Gear Survive merupakan permainan spin-off dimana ia memfokuskan watak askar daripada Motherbase dari Metal Gear Solid V: Ground Zeroes. Pemain akan bermain sebagai askar yang tidak sempat menyelamatkan diri ketika pangkalan Motherbase diserang dan pemain diteleportasikan ke dunia yang mempunyai zombi. Permainan ini boleh dimain secara solo dan multi-pemain sehingga empat pemain serentak dimana pemain berupaya untuk berkoperasi untuk menyelamatkan diri daripada zombi-zombi tersebut.

Metal Gear Survive adalah permainan Metal Gear yang pertama dikeluarkan oleh Konami selepas Hideo Kojima meninggalkan Konami pada Disember 2015 yang lepas.