Minggu ini Bandai Namco mengumumkan permainan Sword Art Online: Hollow Realization bakal tiba di PC melalui Steam pada 27 Oktober ini. Permainan ini bakal disertakan bersama edisi deluxe, dimana segala pernambahan DLC di Playstation 4 dan Playstation Vita.

Sword Art Online: Hollow Realization adalah permainan aksi pengembaraan yang diadaptasikan dari siri anime Sword Art Online. Ia dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita pada 2016 yang lepas. Pemain akan mengawal watak Kirito dan mengembara di dalam dunia permainan Sword Art: Origin, iaitu tempat pemulihan Aincrad yang bernama Ainground.

Bagi anda yang meminati siri anime Sword Art Online, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini pada 27 Oktober ini di Steam.

Sohor Kini