Informasi Permainan Video Terkini
Persona 5 Ultimate Edition Tertiris Di Playstation Network Store Australia Dan Eropah

Persona 5 Ultimate Edition Tertiris Di Playstation Network Store Australia Dan Eropah

Diterbitkan pada Okt 24, 2017 oleh .

Tampaknya permainan Persona 5 yang dilancarkan April yang lepas bakal dilancarkan edisi Ultimate. Hari ini, permainan Persona 5 Ultimate Edition tertiris di PSN Store Australia dan Eropah. Dimana edisi tersebut bakal disertakan bersama kesemua kostum-kostum dan Persona tambahan yang dilancarkan sebagai pernambahan DLC.

Berikut adalah senarai penuh pernambahan DLC yang bakal disertakan untuk permainan Persona 5 Ultimate Edition:

  • Kesemua kostum tambahan Persona 5
  • Kesemua Persona Tambahan Persona 5
  • Set Barangan Penyembuhan
  • Set Kad Kemahiran
  • Audio Jepun
  • Tahap Kesukaran Merciless

Berdasarkan senarai harga yang tertiris tersebut, permainan Persona 5 Ultimate Edition akan dijual dengan harga AU$144.95(~RM478) untuk Playstation 4 manakala AU$129.95(~RM428) untuk Playstation 3.

Persona 5 adalah permainan JRPG pengembaraan oleh Atlus yang dilancarkan April lepas secara esklusif di Playstation 4 dan Playstation 3.

Buat masa ini, Atlus masih lagi belum mengumumkan edisi tersebut bakal tiba di pasaran tempatan atau tidak. Seperti biasa, Kami di Aksiz akan berkongsi berita lanjut setelah ia diumumkan kelak.