Skip to main content

Bagi mereka yang menyukai permainan Digimon Story: Cyber Sleuth yang dilancarkan tahun lepas, anda mungkin berminat untuk mendapatkan sekuel bagi permainan tersebut iaitu Digimon Story: Cyber Sleuth Hacker’s Memory.

Digimon Story: Cyber Sleuth Hacker’s Memory dibangunkan oleh Media Vision dan dikeluarkan oleh Bandai Namco. Permainan ini bakal menyertakan penceritaan baru dan juga mengembangkan lagi elemen-elemen permainan dari permainan sebelumnya dari segi bentuk permainan dan juga lokasi.

Digimon Story: Cyber Sleuth Hacker’s Memory akan dilancarkan di Playstation 4 dan Playstation Vita pada 21 Disember ini buat pasaran Jepun. Manakala pasaran global pula, Bandai Namco menyatakan mereka akan melancarkan pada awal 2018.

Leave a Reply