Selain Grand Theft Auto, siri Mafia ialah sebuah lagi permainan terbuka yang membenarkan pemain mengawal watak ahli kongsi gelap. Ketika dilancarkan pada tahun 2001, Mafia : The City of Lost Heaven membawakan perubahan kepada permainan dunia terbuka kerana grafik dan corak permainan yang realistik. Lima tahun yang lalu penjualannya di platform digital telah ditarik secara mengejut.
Bagi mereka yang merindui Mafia : TCOLH, ia kini boleh dimiliki semula kerana telah ditawarkan pada platform GOG. Permainan ini telah dikemaskini dengan patch terkini bagi membolehkan pemain melangkau misi berlumba kereta Formula 1 yang terkenal di dalam dunia permainan video sebagai antara misi paling sukar pernah dihasilkan.
Sedikit mengecewakan muzik berlesen dari pemuzik terkemuka Django Reinhardt dan Louis Armstrong tidak disertakan. Ini adalah penyebab mengapa jualannya ditarik dari STEAM sebelum ini. Mafia : TCOLH boleh dimiliki pada harga $14.99.