Skip to main content

Nintendo hari ini melancarkan kemaskini terbaru buat System Software Nintendo Switch 4.00 dengan pelbagai fungsi terbaru untuk konsol tersebut. Antara fungsi yang dinantikan oleh pemain konsol tersebut adalah keupyaan untuk merekod video permainan secara terbina dengan konsol Switch sendiri.

Untuk menggunakan fungsi ini, pemain hanyalah perlu menekan butang Capture dan video sepanjang 30 saat sebelum akan disimpan secara automatik di dalam sistem konsol tersebut. Pemain juga berupaya untuk menyunting video tersebut seperti memotong tempoh masa video dan berkongsinya di Facebook dan Twitter.

Walaubagaimana pun, fungsi tersebut hanyalah berfungsi dengan sebahagian permainan sahaja seperti The Legend of Zelda: Breath of the Wild, Mario Kart 8 Deluxe, ARMS dan Splatoon 2.

Kemaskini lain yang diumumkan oleh Nintendo juga adalah 12 ikon baru buat permainan Super Mario Odyssey dan The Legend of Zelda: Breath of The Wild untuk pengguna dan keupayaan untuk memindah fail simpanan permainan ke konsol Switch yang lain.

Nintendo juga menambah keupayaah pra-tempahan untuk Nintendo eShop dimana pemain berupaya untuk memuat-turun permainan sebelum ia dilancarkan. Sekaligus ini memudahkan pemain untuk terus bermain ketika permainan tersebut dilancarkan.

Bagi anda yang mempunyai konsol Nintendo Switch, jangan lupa untuk memuat-turun kemaskini ini secara percuma untuk menikmati pelbagai fungsi-fungsi baru buat konsol tersebut.

Leave a Reply