Informasi Permainan Video Terkini
Pengawal Permainan Untuk Kanak-Kanak Hori Mini Wired Gamepad Dilancarkan Untuk PlayStation 4

Pengawal Permainan Untuk Kanak-Kanak Hori Mini Wired Gamepad Dilancarkan Untuk PlayStation 4

Diterbitkan pada Okt 19, 2017 oleh .

Berapakah umur anda ketika pertama kali bermain menggunakan konsol? Kami yakin ramai yang berjinak-jinak dengan konsol sejak umur baru setahun jagung. Masalah yang kami sedari berlaku pada anak kecil ialah pengawal yang direka untuk golongan dewasa. Oleh itu pengawal permainan PlayStation 4 untuk kanak-kanak Hori Mini Wired Gamepad dilancarkan.

Pengawal permainan ini bersaiz lebih kecil dan selesa digunakan oleh kanak-kanak. Ia berwayar dan tidak mempunyai sokongan Lightbar, pengesan pergerakan, bicu audio 3.5,mm, gegaran haptik dan pad sesentuh seperti pada Dual-Shock 4. Oleh sebab itu dijual pada harga mampu milik $29.99 (~RM 127) di Amerika Utara pada musim perayaan Krismas kelak.