Informasi Permainan Video Terkini
Deemo Reborn Diumumkan Untuk Playstation 4 Bersama Sokongan Realiti-Maya Playstation VR

Deemo Reborn Diumumkan Untuk Playstation 4 Bersama Sokongan Realiti-Maya Playstation VR

Diterbitkan pada Okt 17, 2017 oleh .

Unties bersama Rayark mengumumkan permainan Deemo Reborn khas untuk Playstation 4 bersama sokongan realiti-maya Playstation VR. Deemo Reborn adalah permainan rentak muzik yang memfokuskan muzik piano. Siri asal permainan ini, Deemo dilancarkan di iOS dan Android pada 2013, pada 2015 ia dilancarkan semula di Playstation Vita.

Kini, Deemo Reborn bakal kembali dengan dibangunkan secara bentuk 3D dengan sokongan realiti-maya di Playstation VR. Buat masa sekarang, Unties dan Rayark masih tidak lagi mengumumkan tarikh pelancaran dan juga sebarang informasi tambahan bagi permainan tersebut. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi berita tersebut apabila ia diumumkan kelak.