Informasi Permainan Video Terkini
Shin Megami Tensei: Synchronicity Prologue – Permainan Side-Scroller Oleh Atlus Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma
PC

Shin Megami Tensei: Synchronicity Prologue – Permainan Side-Scroller Oleh Atlus Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma

Diterbitkan pada Okt 16, 2017 oleh .

Atlus hari ini mengumumkan permainan Shin Megami Tensei: Synchronicity Prologue, iaitu permainan 2D Side-Scroller yang dibangunkan oleh Ladybug, kini boleh dimuat-turun secara percuma khas untuk PC.

Permainan ini pertama kalinya diacah ketika pengumuman permainan Shin Megami Tensei: Strange Journey Redux, Ia merupakan permainan pernambah-baikkan yang asalnya dilancarkan di Nintendo DS pada tahun 2010. Atlus memperacahkan permainan dengan mempertonton bentuk permainan tersebut tanpa menyatakan adakah ia sebahagian daripada permainan Shin Megami Tensei: Strange Journey Redux. Walaubagaimana pun, permainan ini tampaknya dilancarkan secara rasmi oleh Atlus.

Atlus menyatakan permainan ini tidak berkaitan dengan permainan Shin Megami Tensei: Strange Journey Redux secara langsung, tetapi ia menceritakan apa yang berlaku disebalik tabir ketika aktiviti disebalik pasukan U.N. Schwarzwelt Investigational.

Permainan ini boleh dimuat-turun secara percuma di laman sesawang dibawah dan ia akan percuma sehingga 24 Disember 2017 ini sahaja.

Muat-Turun : Shin Megami Tensei: Synchronicity Prologue