Bersempena dengan pelancaran permainan perlumbaan Gran Turismo Sport yang bakal dilancarkan 17 Oktober ini, Polyphony Digital dan Sony Interactive Entertainment berkongsi video berkenaan pembangunan permainan Gran Turismo sepanjang 20 tahun.

Kazunori Yamauchi, pereka siri permainan Gran Turismo berkongsi berkenaan pembangun permainan tersebut bermula di Playstation 1 yang dilancarkan pada tahun 1997 sehinggalah ke Playstation 4 iaitu permainan Gran Turismo Sport. Shuhei Yoshida, presiden bagi Sony Interactive Entertainment juga berkongsi tentang kisah pembangunan permainan tersebut dimana beliau menceritakan bagaimana pembangunan permainan tersebut dibangunkan dengan diketuai oleh Kazunori Yamauchi dimana beliau sering memberi kesan optimis bagi pembangun yang lain untuk berusaha mencuba dengan baik.

Gran Turismo Sport adalah permainan perlumbaan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment secara esklusif di Playstation 4 pada 17 Oktober ini. Anda boleh membuat pra-tempahan mulai sekarang di Playstation Store ataupun mana-mana pengedar rasmi Playstation.

Sohor Kini