Minggu ini bermula dari 13 Oktober sehingga 19 Oktober ini, anda boleh mendapatkan permainan WipEout Omega Collection pada hanya RM89.40 di PSN Store berbanding harga asalnya RM149. Bagi anda yang melanggani Playstation Plus pula, anda bakal mendapat tambahan diskaun dengan harga hanyalah RM74.50.
WipEout Omega Collection merupakan permainan koleksi siri WipEout 2048, WipEout HD dan WipEout HD Fury. Ia kini dipernambah-baikkan di Playstation 4 dengan pelbagai pernaik-taraf termasuklah sokongan resolusi 4k.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat permainan ini dengan harga yang murah sekarang di PSN Store.
[info] Jualan Promosi Mingguan : WipEout Omega Collection [/info]