Aksys Games bakal melancarkan permainan SG/ZH School Girl/Zombie Hunter secara esklusif di Playstation 4 pada 17 November ini secara global. Permainan ini asalnya dilancarkan di pasaran Jepun pada 12 Januari lepas dan ia ditempatkan di kawasan permainan yang sama dengan permainan zombi terkenal, Onechanbara. Walaubagaimana pun, permainan ini memfokuskan lima gadis sekolah berhadapan dengan zombi untuk meneruskan hidup.

Permainan ini memfokuskan penembakan dengan pelbagai senjata seperti kayu besbol, senapang dan bazooka untuk menentang musuh-musuh zombi. Pemain juga berupaya untuk membuka baju-baju gadis tersebut untuk mengalih perhatian zombi-zombi. Permainan ini mempunyai penceritaan secara solo dan juga mod permainan multi-pemain.

Permainan SG/ZH School Girl/Zombie Hunter akan dilancarkan secara esklusif di Playstation 4 pada 17 November

Sohor Kini