Denuvo merupakan salah satu teknologi anti-cetak rompak DRM yang sering digunakan oleh pembangun permainan untuk mengelak permainan mereka daripada dicetak rompak. Walaubagaimana pun, setelah hanya dua hari pelancaran permainan Middle Earth: Shadow Of War, ia berjaya dicetak rompak oleh pencetak rompak.

Ini bukanlah pertama kali teknologi Denuvo dicetak rompak, dimana sebelum ini permainan Resident Evil 7 berjaya dicetak rompak dengan hanya mengambil masa lima hari oleh pencetak rompak. Sekaligus ia mencalarkan kredibiliti Denuvo tersebut.

Walaubagaimana pun, dengan teknologi dan kemudahan untuk mendapatkan permainan dengan lebih mudah sekarang, ini sememangnya memberi kesan kepada pembangun permainan dan menyebabkan industri permainan video terjejas. Ini juga membuktikan bahawa tiada sistem yang tidak boleh dipintas dan terdapat pengodam diluar sana yang berusaha untuk memintas sebarang permainan yang dikeluarkan walaupun dilengkap dengan pelbagai teknologi anti-cetak rompak.

Sohor Kini