Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Trailer Kawasan Terbaru ‘The Cut’ Buat Pernambahan The Frozen Wilds Bagi Permainan Horizon Zero Dawn

Jom Tonton : Trailer Kawasan Terbaru ‘The Cut’ Buat Pernambahan The Frozen Wilds Bagi Permainan Horizon Zero Dawn

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Hari ini, Guerilla Games bersama Sony Interactive Entertainment berkongsi trailer terbaru bagi kawasan ‘The Cut’ dimana ia merupakan kawasan utama bagi pernambahan DLC terbaru The Frozen Wilds yang bakal tiba pada 7 November ini buat permainan Horizon Zero Dawn.

Pernambahan The Frozen Wilds ini bakal mengandungi kandungan tambahan penceritaan, watak dan kawasan yang baru buat permainan Horizon: Zero Dawn. Pemain juga akan bertempur dengan musuh mesin yang baru khas hanya di pernambahan tersebut.

Pernambahan DLC The Frozen Wilds akan dilancarkan pada 7 November ini dengan harga Rm79. Anda boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini di Playstation Store dan setiap pra-tempahan  akan disertakan bersama avatar khas Banuk Aloy. Bagi mereka yang langgani Playstation Plus, anda boleh membeli pernambahan ini dengan diskaun 20% dengan harga hanya RM63.20.