Informasi Permainan Video Terkini
Lewis Hamilton Akan Menjadi Jurulatih Memandu Di Dalam Permainan Gran Turismo Sport

Lewis Hamilton Akan Menjadi Jurulatih Memandu Di Dalam Permainan Gran Turismo Sport

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Kerjasama antara Kazunori Yamauchi, pereka siri permainan Gran Turismo bersama Lewis Hamilton, pemandu F1 profesional, bakal menyertakan Lewis Hamilton sebagai jurulatih memandu di dalam permainan Gran Turismo Sport.

Melaluinya, pemain berupaya untuk menonton bagaimana beliau menetapkan masa pusingan litar disamping mengetahui falsafah pemanduan Lewis Hamilton sendiri. Beliau juga menyatakan beliau gembira untuk memberi peluang kepada pemain untuk mengajar dan memberi nasihat di dalam dunia perlumbaan tersebut.

Gran Turismo Sport adalah permainan perlumbaan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment secara esklusif di Playstation 4 pada 17 Oktober ini. Anda boleh membuat pra-tempahan mulai sekarang di Playstation Store ataupun mana-mana pengedar rasmi Playstation.