Bagi anda yang berminat dengan permainan misteri pembunuhan, anda mungkin akan berminat dengan permainan The Sexy Brutale ini. Kini anda boleh mendapatkan permainan ini di Steam dengan harga hanya RM19 berbanding harga asalnya RM38.
Permainan ini dibangunkan oleh Tequila Works terkenal dengan permainan terbaru mereka iaitu Rime yang dilancarkan pada Mei yang lepas. The Sexy Brutale merupakan permaina kedua yang dibangunkan oleh studio tersebut selepas Deadlight.
The Sexy Brutale merupakan permainan pengembaraan teka-teki dimana pemain akan diletakkan di sebuah rumah dan pemain akan berhadap dengan ulangan masa untuk menyelesaikan misteri pembunuhan di rumah tersebut.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, jangan lepaskan untuk mendapatnya dengan hanya RM19 sehingga 17 Oktober ini di Steam.
[info] Promosi Steam : The Sexy Brutale [/info]