Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mengumumkan Alat Kawalan Berwayar Terbaru Oleh Nacon, Hori Dan @Play

Sony Mengumumkan Alat Kawalan Berwayar Terbaru Oleh Nacon, Hori Dan @Play

Diterbitkan pada Okt 12, 2017 oleh .

Bagi anda yang bosan dengan rekaan alat kawalan Dualshock 4, kini anda berpeluang untuk mengguna pelbagai jenis rekaan alat kawalan khas untuk Playstation 4 dan juga Playstation 4 Pro.

Disember lepas, Nacon dan Razer melancarkan dua alat kawalan profesional untuk membantu pemain profesional bermain secara kompetitif. Kini, Sony mengumumkan tiga lagi alat kawalan terbaru rasmi yang dilesenkan oleh Playstation daripada Nacon, Hori dan @Play.

Nacon, pengeluar alat kawalan Revolution Pro Controller Disember lepas, kini bakal melancarkan alat kawalan terbaru buat Playstation 4 yang lebih kompak, sesuai untuk pemain yang lebih muda ataupun cengkaman yang kecil iaitu Nacon Wired Compact Controller.

Alat kawalan ini mempunyai rekaan yang kompak, disamping mempunyai pad sesentuh, bersama picu audio, motor gegaran dan kabel sepanjang 3 meter. Ia juga mempunyai lampu LED dihadapan untuk memaparkan informasi permainan seperti di lampu LED Dualshock 4.

Alat kawalan ini akan dilancarkan November dengan rekaan berwarna hitam, biru, kelabu, oren dan merah. Pada masa yang sama, Nacon juga akan melancarkan versi lutsinar hijau, merah dan biru dimana versi tersebut bakal mempunyai rekaan tambahan warna lampu LED untuk memberi rupa yang lebih menarik dengan rekaan lutsinar tersebut.

@Play Gaming Accessories, iaitu pengeluar kelengkapan permainan yang terkenal buat barangan konsol juga bakal mengeluarkan alat kawalan kompak buat Playstation 4 iaitu @PLAY Wired Compact Controller.

Rekaan dua ton alat kawalan ini mengandungi picu audio, pad sesentuh dan juga motor gegaran bersama kabel sepanjang 3 meter. Ia akan dilancarkan pada Disember ini dengan empat rekaan warna, iaitu biru, kelabu gelap, merah dan putih.

Hori juga tidak melepaskan peluang untuk melancarkan alat kawalan kompak dan mini buat Playstation 4 iaitu HORI Wired Mini Gamepad. HORI terkenal dengan kelengkapan permainan daripada Jepun ini bakal melancarkan alat kawalan kompak dan mini khas buat permainan yang lebih muda.

Dengan rekaan retro, alat kawalan ini memberi kesenangan untuk diakses butang kawalan dengan butang pad sesentuh bersama kabel sepanjang 3 meter. Hori juga menyertakan fungsi mengsimulasi kawalan pad sesentuh dengan menggunakan analog yang terdapat di alat kawalan tersebut.

Alat kawalan HORI Wired Mini Gamepad ini akan dilancarkan pada 6 November ini dengan rekaan warna hitam, biru dan merah.