Informasi Permainan Video Terkini
Anda Kini Boleh Mendapatkan Permainan The Surge Pada Harga Diskaun Melalui Promosi Steam
PC

Anda Kini Boleh Mendapatkan Permainan The Surge Pada Harga Diskaun Melalui Promosi Steam

Diterbitkan pada Okt 12, 2017 oleh .

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan The Surge, permainan aksi pengembaraan oleh Deck13 Interactive, anda boleh dapatkan permainan ini dengan harga diskaun sempena promosi pertengahan minggu di Steam.

Dengan harga promosi di Steam, anda boleh dapatkan permainan dengan hanya RM94.50 berbanding harga asalnya RM189. Permainan ini dilancarkan pada Mei yang lepas dan ia merupakan pengganti buat permainan yang dibangunkan oleh pembangun yang sama iaitu The Lords Of The Fallen dan merupakan permainan yang diinspirasi daripada siri permainan Dark Souls.

Bagi anda yang berminat permainan ini, anda boleh membeli permainan ini dengan harga promosi RM94.50 bermula hari ini sehingga 14 Oktober.

Promosi Pertengah Minggu Steam : The Surge