Permainan yang mendapat sambutan ramai dikalangan gadis mahupun jejaka, iaitu Dream Daddy: A Dad Dating Simulator yang dilancarkan pada Julai yang lepas, kini Steam sedang mengadakan jualan promosi sempena pertengahan minggu bermula hari ini sehingga 14 Oktober. Anda boleh dapatkan permainan Dream Daddy: A Dad Dating Simulator dengan hanya RM20.67 berbanding harga asalnya, RM31.

Permainan Dream Daddy: A Dad Dating Simulator adalah sebuah permainan simulasi temujanji dimana anda berpeluang untuk bertemu dan berasmara bersama watak-watak ayah yang lain. Terdapat pelbagai watak yang anda boleh keluar bersama dan juga pelbagai permainan mini, misi sampingan bersama pelbagai jalan dan pengakhiran yang disertakan.

Bagi anda yang berminat permainan ini, anda boleh membeli permainan ini dengan harga promosi RM20.67 bermula hari ini sehingga 14 Oktober.

Promosi Pertengah Minggu : Dream Daddy: A Dad Dating Simulator

Sohor Kini