Konami kini telah mengumumkan kerjasama dengan salah satu pasukan bola sepak terkemuka, iaitu Arsenal. Melalui kerjasama ini, ia sekaligus memberikan lesen dan kebenaran untuk Konami bagi menggunakan grafik dan watak pemain Arsenal yang lebih realistik pada permainan Pro Evolution Soccer 2018.
Konami dikatakan akan menggunakan imbasan wajah 3D untuk menghasilkan rakaman wajah yang realistik, selain turut mengumpulkan data fizikal untuk pemain berkenaan. Disamping itu, dengan kerjasama ini, PES 2018 akan melabelkan kelab berkenaan sebagai “Arsenal” pada permainan berkenaan, dan bukannya menggunakan nama-nama pelik. Penawaran kelab ini akan ditawarkan melalui Data Pack tidak lama lagi.
Bagi para peminat PES 2018, adakah anda sudah mencuba permainan baru ini?