Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Battle Royale Mencapai Angka Setengah Juta Pemain Serentak
PC

Fortnite Battle Royale Mencapai Angka Setengah Juta Pemain Serentak

Diterbitkan pada Okt 10, 2017 oleh .

Fortnite Battle Royale merupakan salah permainan berbentuk Battle Royale yang bersaing dengan PUBG. Sementara PUBG mencapai angka pemain menghampiri 2 juta pemain serentak, kini pihak Fornite mengumumkan yang mana pada penghujung minggu lepas, pemain Fortnite Battle Royale mencapai sekitar 525,000 pemain serentak.

Berbeza dengan PUBG, Fortnite Battle Royale ditawarkan secara percuma kepada semua, dan menawarkan konsep permainan yang serupa. Ia juga turut ditawarkan untuk PlayStation 4, dan Xbox One selain daripada PC.

Walaubagaimanapun, ramai yang masih meminati permainan PUBG disebabkan oleh penawaran grafik – dan angka pemain yang tinggi pada permainan berkenaan.

Namun, angka lebih setengah juta ini juga bukan sedikit, dan mungkin kita akan melihat ia terus berkembang pesat dari hari ke hari.