Salah satu peta permainan yang popular pada Counter-Strike : Global Offensive adalah Dust2. Terkini, pembangun Counter-Strike mengumumkan yang mana mereka kelak akan menguji rekaan peta Dust 2 yang dikemaskini dan ditambah-baik.
Peta Dust2 ini telah ditawarkan pada permainan asal Counter-Strike untuk tempoh yang lama – dan menjadi salah satu peta yang aktif dimainkan ramai.
Buat masa ini, peta Dust2 hanya ditawarkan untuk bermain secara kasual atau dalam perlawanan kecil sahaja, sementara untuk pertandingan, pihak Valve telah mengeluarkan peta berkenaan.
Berkemungkinan, dengan penawaran kemaskini peta baru ini, kita akan dapat melihat kembali peta Dust2 digunakan dalam pertandingan e-sukan CS:GO akan datang.
Tiada sebarang info berkenaan pelancaran peta ini diberikan buat masa ini.
Coming soon for testing in CS:GO’s next beta depot: an updated, refined version of its most iconic map – Dust2. pic.twitter.com/0xBbbcXxzy
— CS:GO (@csgo_dev) October 9, 2017