Bersempena dengan pelancaran mod permainan Ghost War buat permainan Ghost Recon: Wildlands yang bakal tiba hari ini, Ubisoft mengumumkan bersama bahawa permainan tersebut boleh dimainkan secara percuma pada 12 hingga 15 Oktober di Playstation 4, Xbox One dan PC.
Bagi anda yang bermain permainan tersebut dalam tempoh pencubaan itu, setiap kemajuan anda boleh disambungkan sekiranya anda membeli permainan tersebut secara penuh. Ubisoft juga mengadakan promosi jualan diskaun sehingga 50% untuk kesemua edisi permainan Ghost Recon: Wildlands tersebut. Anda juga boleh memuat-turun permainan tersebut sekarang di PC, PS4 dan Xbox secara bentuk demo. Pada 12 Oktober kelak, permainan yang dimuat-turun tersebut akan boleh dimain penuh secara automatik sehingga 15 Oktober.
Ghost Recon: Wildlands adalah permainan taktikal aksi penembak pandang pertama dunia terbuka yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia merupakan siri permainan Tom Clancy’s Ghost Recon yang ke-10 dan merupakan siri Ghost Recon yang pertama mempunyai sistem dunia terbuka. Dengan kemaskini Ghost War terbaru, pemain kini berupaya untuk bertempur dengan pemain lain secara berkumpulan 4v4. Pemain juga diberi pilihan untuk memilih tiga jenis kelas utama yang membahagi 12 jenis kelas kelengkapan untuk digunakan ketika bertempur.
Jangan lepaskan peluang anda untuk memcuba permainan ini secara percuma, disamping membelinya dengan harga promosi.
[info] Muat-Turun : Ghost Recon Wildlands PC [/info] [info] Muat-Turun : Ghost Recon Wildlands PS4 [/info] [info] Muat-Turun : Ghost Recon Wildlands Xbox One [/info]