Bagi yang meminati siri Dragon Quest, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bermain permua Dragon Quest Rivals yang akan dilancarkan di iOS dan Android. Dragon Quest Rivals adalah permainan yang memfokuskan pertempuran melalui kad seperti Hearthstone dimana ia memfokuskan watak-watak dan raksasa dari siri Dragon Quest.
Dengan melebih 400 jenis kad yang berbeza, pemain berupaya untuk mengawal watak-watak dari siri Dragon Quest sebelum ini dan bertempur melaluinya. Buat masa ini Square-Enix hanya mengumumkan permainan ini bakal tiba di Jepun sahaja dulu pada November ini. Bagi edisi global pula, Square-Enix masih lagi tidak mengumumkan sebarang informasi. Square-Enix juga menyatakan mereka bakal membina permainan ini di PC kelak.
Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini berita ini apabila Square-Enix mengumumkan kelak.