Skip to main content

Seorang wanita di China dilaporkan hilang penglihatannya di sebelah kanan selepas bermain permua (Permainan mudah-alih) Honour Of Kings sepanjang hari di telefon pintarnya. Wu Xiaojing menyatakan beliau bermain permainan tersebut secara berterusan dari 6 pagi sehingga 4 petang dan menyebabkan kecacatan di arteri retinal beliau sekaligus kemungkinan beliau akan kehilangan penglihatannya selamanya.

Kecacatan di arteri retinal sering berlaku di kalangan warga emas dan ia mungkin akan menyebabkan kehilangan penglihatan selamanya. Melihat skrin-skrin di peranti secara berterusan sememangnya bukanlah satu aktiviti yang sihat, dan kebanyakan pengeluar-pengeluar peranti sekarang mula menghasilkan peranti yang mengurang sinar biru supaya ia dapat mengurangkan kesakitan kepada mata ketika melihat skrin dengan lebih lama.

Kes-kes bencana ketika bermain permainan sememangnya bukanlah sesuatu yang baru dengan pelbagai lagi kemalangan yang berlaku sebelum ini. Walaubagaimana pun, kita sering melihat ramai pemain-pemain yang bermain permainan seharian dan terdapat juga kes kematian yang berlaku.

Leave a Reply