Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Popular EVE Online Akan Hadir Ke Peranti Mudah-Alih

Permainan Popular EVE Online Akan Hadir Ke Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Okt 9, 2017 oleh .

EVE Online merupakan salah satu permainan multi-pemain yang popular. Walaupun ia telah dilancarkan pada 2003 yang lepas, ia masih kekal popular dan aktif dimainkan ramai sehingga ke hari ini.

Terkini, pembangunnya, CCP Games mengumumkan yang mana variasi permainan berkenaan akan hadir ke peranti mudah-alih dibawah nama Project Aurora.

Ia bakal menawarkan permainan yang menyerupai EVE Online, tetapi dioptimasikan untuk skrin sentuh dan saiz skrin yang kecil.

Seperti EVE Online, pemain akan perlu bekerjasama dengan yang lain untuk mendominasi galaksi, dan menjadi paling berkuasa di alam semesta.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi tarikh pelancarannya. Permua ini sedang dibangunkan oleh studio PlayRaven.