Promosi Mingguan PSN – Mad Max

Minggu ini bermula dari 6 Oktober sehingga 12 Oktober ini, anda boleh mendapatkan permainan Mad Max pada hanya RM69.30 di PSN Store berbanding harga asalnya RM231. Bagi anda yang melanggani Playstation Plus pula, anda bakal mendapat tambahan diskaun dengan harga hanyalah RM46.20.

Mad Max adalah permainan aksi pengembaraan dunia terbuka yang berdasar francais Mad Max. Ia dibangunkan oleh Avalanche Studios dan dikeluarkan oleh Warner Bros. Interactive Entertainment. Ia dilancarkan pada September 2015 yang lepas.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat permainan ini dengan harga yang murah sekarang di PSN Store.

 Jualan Promosi Mingguan : Mad Max

Sohor Kini