Digimon Links Kini Sedia Dimuat-Turun Pada Android

Bandai Namco kini telah pun menerbitkan permua terbaru mereka, iaitu Digimon Links. Melaluinya, ia mengamit kembali nostalgia permainan Digimon, selain membolehkan anda berlawan dengan rakan-rakan lain.

Melalui Digimon Links ini, ia menawarkan penggunaan grafik yang dioptimasikan untuk telefon pintar, dimana pemain akan membela watak Digimon mereka daripada kecil, melalui evolusinya, dan melatihnya untuk berlawan dengan Digimon yang lain. Anda juga turut boleh menyertai perlawanan 3-lawan-3 dengan musuh, dan terus meningkatkan skil Digimon anda.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan Digimon Links hari ini daripada Google Play Store.

Muat-Turun Digimon Links untuk Android

Sohor Kini