Sony Interactive Entertainment akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan realiti-maya No Heroes Allowed! VR iaitu pada 14 Oktober ini. Permainan strategi realiti-maya ini akan dijual secara digital dengan harga RM119 di PSN Store manakala fizikal pula adalah RM129 dimana-mana pengedar rasmi Playstation. Permainan ini akan dilancarkan khas di Playstation VR.
No Heroes Allowed! VR adalah permainan strategi masa-nyata realiti-maya dimana pemain akan membela dan mengawal raksasa untuk menakluk kawasan-kawasan manusia. Dengan berkonsepkan pandangan diorama, pemain akan mengawal dan memberi arahan kepada raksasa-raksasa tersebut untuk menyerang bandar dan istana manusia. Ditemani Badman dan Badmella, pemain akan bertempur untuk menakluk dunia dengan kejahatan.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini di Playstation Store atau mana-mana pengedar rasmi Playstation pada 14 Oktober ini untuk bermain permainan realiti-maya No Heroes Allowed! VR sebagai penjahat yang akan menakluk dunia bersama Badman dan Badmella secara ekslusif di Playstation VR.