Skip to main content

Marvelous mengumumkan Story Of The Season: Tales Of Two Town+ bakal tiba di Nintendo 3DS pada 14 Disember ini buat pasaran Jepun. Permainan ini merupakan permainan pernambahan-baikkan dari Harvest Moon: Tales Of Two Town yang dilancarkan di Nintendo DS pada 2010 yang lepas.

Antara pernambah-baikkan yang dilakukan adalah keupayaan untuk memilih aktiviti kesukaan watak pada permulaan permainan dan kawalan permainan juga dinaik-tarafkan agar pemain boleh bermain permainan ini dengan lebih selesa. Marvelous juga menambahkan sistem StreetPass untuk memudahkan pemain menghantarkan barangan untuk pemain lain.

Asalnya Natsume menerbitkan permainan ini dengan nama Harvest Moon sehingga 2014. Tetapi selepas ia diambil alih oleh XSEED Games, mereka membawa permainan ini secara global dengan nama Story Of Season.

Leave a Reply