Informasi Permainan Video Terkini
Bullet Strike : Battlegrounds – Permainan Seumpama PUBG Untuk Peranti Android

Bullet Strike : Battlegrounds – Permainan Seumpama PUBG Untuk Peranti Android

Diterbitkan pada Okt 2, 2017 oleh .

PlayerUnknown’s Battlegrounds sedia menerima perhatian ramai pemain seluruh dunia disebabkan oleh penawaran permainan berbentuk Battle Royale yang ditawarkan oleh mereka. Sejak daripadanya, beberapa permainan lain turut telah mengikut jejak dan menawarkan kaedah permainan yang lebih kurang sama.

Terkini, untuk mereka yang berminat bermain pada peranti mudah-alih, salah satu permainan seumpamanya yang sedang dibangunkan adalah Bullet Strike : Battlegrounds.

Melalui permainan ini, seperti pada PUBG, pemain perlu berada dalam lingkungan yang ditandakan, dan membunuh pemain lain untuk menjadi pemain terakhir yang kekal hidup.

Buat masa ini, Bullet Strike : Battlegrounds masih pada peringkat pembangunan, dan dijangka akan ditawarkan untuk peranti Android dan iOS tidak lama lagi.