Bagi anda yang ingin menambah koleksi permainan percuma, hari ini untuk masa terhad, Steam menawarkan permainan pertama Fallout secara percuma kepada semua.
Fallout: A Post Nuclear Role Playing Game membawakan permainan berbentuk RPG dan mengambil latar masa selepas letusan nuklear. Memandangkan ia merupakan sebuah permainan lama – iaitu yang telah dilancarkan pada tahun 1997 yang lepas, maka keperluan spesifikasinya adalah sangat rendah.
Bagi anda yang berminat, boleh menebus permainan ini dari Steam hari ini, sebelum promosi ini ditamatkan esok.
[download]Muat-Turun Fallout: A Post Nuclear Role Playing Game[/download]