Konsol sering mempunyai masa sokongan yang lama memandangkan pembangunan permainan yang mengambil masa bertahun untuk sesuatu platform. Walaubagaimanapun, baru-baru ini, Microsoft telah mengumumkan Xbox One X, sekaligus membawa kepada pelbagai pertanyaan bilakah Sony akan melancarkan PlayStation generasi seterusnya.

Bercakap mengenainya, kini salah seorang penganalisa, Michael Patcher menyasarkan Sony mungkin memperkenalkan ia pada 2019 atau 2020 – tetapi lebih berkemungkinan tinggi pada 2019 kelak.

Beliau turut menyasarkan yang mana Sony mungkin menantikan kadar tembusan global untuk televisyen 4K mencapai 35% sebelum memilih untuk melancarkan PlayStation 5.

Michael Patcher juga meramalkan Sony mungkin mempunyai sesuatu dalam pembangunan dalam memastikan permainan PS4 turut boleh dimainkan – apatah lagi memandangkan PS4 Pro sendiri baru sahaja dilancarkan.

PlayStation 5 juga dilihat akan memfokuskan kepada penawaran permainan pada resolusi 4K, dan mungkin menawarkan kadar segar semula yang lebih tinggi berbanding hari ini.

Seperti biasa, ini adalah komen daripada penganalisa industri, dan Sony sendiri tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan PlayStation 5 sehingga kini.

Sohor Kini