Skip to main content

Modern Combat merupakan salah satu siri permainan tembak-menembak pandang pertama yang popular daripada Gameloft. Terkini, hari ini mereka telah melancarkan sebuah lagi permain baru dibawah siri berkenaan, dinamakan Modern Combat Versus.

Melalui Modern Combat Versus, ia menawarkan permainan multi-pemain, dimana anda akan berpasukan dengan 4 orang, dan berlawan dengan 4 orang yang lain. Seperti biasa, anda boleh memilih watak, yang hadir dengan beberapa kelebihan tertentu.

Permainan ini hadir dengan pelbagai pilihan senjata, serta latar tempat berbeza untuk anda berlawan.

Bagi anda yang berminat permainan berbentuk FPS, mungkin boleh memuat-turun dan memainkan Modern Combat Versus ini pada telefon Android atau iPhone anda.

[download]Muat-Turun Modern Combat Versus untuk Android[/download] [download]Muat-Turun Modern Combat Versus untuk iPhone[/download]

Leave a Reply