Skip to main content

Mendiang Paul Walker ialah pelakon kacak yang mula popular selepas membintangi siri filem Fast and The Furious. Kematian beliau secara pada tahun 2013 mengejutkan peminat. Tahun ini bagi mengumpul dana acara kebajikan Game4Paul, Microsoft menghasilkan konsol Xbox One S edisi Paul Walker.

Rekaan konsol ini mengambil inspirasi dari kereta Mitsubishi Eclipse yang dipandu beliau di dalam filem pertama Fast and The Furious. Peminat berpeluang memiliki konsol berwarna hijau dan biru ini dengan membeli tiket cabutan bertuah Game4Paul berharga $20. Konsol ini turut ditandatangani Vin Diesel, Tyrese Gibson dan Cody Walker yang merupakan adik kepada Paul.

Leave a Reply