Informasi Permainan Video Terkini
Anda Kini Boleh Dapatkan Permainan I Am Setsuna Pada Harga Diskaun Di Steam
PC

Anda Kini Boleh Dapatkan Permainan I Am Setsuna Pada Harga Diskaun Di Steam

Diterbitkan pada Sep 27, 2017 oleh .

I am Setsuna adalah permainan JRPG (Japanese Role-Playing Game) yang dibangunkan oleh Tokyo RPG Factory dan dikeluarkan oleh Square-Enix. I Am Setsuna merupakan permainan yang mendapat pelbagai pujian dengan bentuk permainannya mempunyai ciri-ciri klasik permainan RPG seperti Chrono Trigger.

Kini, sempena promosi pertengahan minggu, anda boleh mendapatkan permainan ini dengan harga hanyalah RM45 berbanding harga asalnya RM75 di Steam bermula hari ini sehingga lah 30 September. 

Anda juga boleh mendapatkan berkas bersama permainan I Am Setsuna dengan muzik latar permainan tersebut dengan hanya RM55.08. Kebiasaanya ia dijual dengan harga RM102. Anda juga boleh membeli muzik latar permainan tersebut secara berasingan dengan RM16.20.

Anda boleh melayari laman Steam dibawah untuk membeli permainan yang ditawarkan khas untuk minggu ini sahaja di Steam.

 Promosi Tengah Minggu Steam : I Am Setsuna