Skip to main content

Bagi anda yang masih lagi bermain Street Fighter V, anda mungkin berminat untuk mendapatkan kostum-kostum baru buat watak-watak di dalam Street Fighter V. Minggu ini Capcom mengumumkan DLC pernambahan kostum bertemakan sekolah dan Halloween tiba di Playstation 4.

Antara kostum yang diumumkan adalah untuk watak Cammy, Menat dan Ed. Dimana mereka mendapat kostum sekolah sempena musim kembali ke sekolah ini. Manakala Chun-Li mendapat 3 kostum baru. Kostum halloween pula boleh didapati buat watak Fang, Dhalsim, M.Bison dan Urien. Bagi anda yang terlepas kostum haloween tahun lepas, Capcom juga menyertakan bersama untuk kemaskini ini.

Capcom juga menyertakan kawasan terbaru iaitu istana dari siri permainan Street Fighter II dengan rekaan latar belakang Northern Lights. Tidak dilupakan juga pernambahan music baru juga disertakan bersama.

Anda boleh dapatkan kemaskini ini di Playstation 4 dengan harga RM38 di PSN Store.

[info] Beli – Street Fighter V DLC Halloween 2017 [/info]

Leave a Reply