Koei Tecmo minggu ini mengumumkan Nioh Complete Edition bakal dilancarkan secara digital di Jepun pada 7 November ini, diikuti dengan versi fizikal pada 7 Disember.
Nioh Complete Edition bakal disertakan bersama ketiga-tiga pernambahan DLC yang dilancarkan sebelum ini iaitu Dragon of The North, Defiant Honor dan Bloodshed. Bagi pelanggan yang membeli versi digital, mereka akan mendapat 5 senjata baru asli manakal bagi versi fizikal, Koei Tecmo bakal menyertakan cakera CD khas bersama dengan buku strategi untuk permulaan permainan tersebut.
Walaubagaimana pun, Koei Tecmo tidak mengumumumkan lagi untuk pasaran global edisi ini, tetapi kami di Aksiz percaya ia bakal tiba di lingkungan masa yang sama.