Informasi Permainan Video Terkini
Pokemon Playhouse Diumumkan – Permua Khusus Untuk Kanak-Kanak Berumur Bawah 5 Tahun

Pokemon Playhouse Diumumkan – Permua Khusus Untuk Kanak-Kanak Berumur Bawah 5 Tahun

Diterbitkan pada Sep 23, 2017 oleh .

Permainan Pokemon mula menerima perhatian ramai pemain seluruh dunia kembali sejak Pokemon Go diperkenalkan pada tahun lepas. Kini, pihak penerbitnya turut hadir dengan sebuah lagi permainan baru, iatu Pokemon Playhouse.

Pokemon Playhouse merupakan sebuah permua yang direkabentuk khusus untuk kanak-kanak berumur sekitar 3-5 tahun.

Melaluinya, ia menawarkan beberapa aktiviti interaktif untuk kanak-kanak seperti mencari watak Pokemon yang tersembunyi, menyanyi bersama Pokemon, memberi makan, dan sebagainya.

Buat masa ini, Pokemon Playhouse hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja. Tidak mustahil untuk kita melihat ia diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum melihat ia ditawarkan di Malaysia.