Skip to main content

Permainan simulasi dunia koboi terbaik pernah dihasilkan ialah Red Dead Redemption. Ia dibangunkan oleh Rockstar Games dan membuktikan dunia seakan GTA walaupun di awal kurun ke-20 masih lagi mampu menarik minat pemain. Permainan ini telah ditangguhkan pelancarannya dan maklumat terakhir dikongsi pada Mei lalu. Rockstar Games telah berkongsi imej acah terkini yang mengandung tarikh 28 September.

Ini mungkin tarikh dimana maklumat terkini mengenai Read Dead Redemption 2 akan dikongsi. Kami sudah menantikan sambungan kepada kisah John Marst0n sejak 2010. Diharap pada 28 September ini trailer terkini berserta tarikh pelancarannya akan dikongsikan kepada umum.

Leave a Reply