Informasi Permainan Video Terkini
Square Enix Hadir Mengumumkan Permainan Aksi Menembak Baru Dinamakan Left Alive
PC

Square Enix Hadir Mengumumkan Permainan Aksi Menembak Baru Dinamakan Left Alive

Diterbitkan pada Sep 20, 2017 oleh .

Disamping pengenalan sejumlah permainan baru di Tokyo Game Show, pihak Square Enix turut mengambil peluang, dan telah memperkenalkan sebuah permainan tembak-menembak berbentuk survival, dinamakan sebagai Left Alive.

Left Alive

Informasi lanjut mengenai permainan ini bakal diumumkan esok oleh Square Enix. Namun, buat masa ini, apa yang diketahui adalah termasuk yang mana ia mengambil latar tempat sama seperti siri Front Mission, dan mengambil latar masa antara Front Mission 5 dan Front Mission Evolved. Pemain dikatakan boleh memainkan tiga watak protagonis melalui permainan ini, dan jalan perjalanan permainan adalah bergantung kepada pilihan pemain.

Square Enix mengumumkan yang mana permainan ini bakal hadir untuk PlayStation 4 dan juga PC pada 2018 kelak.